KAJIAN SAINTIFIK MINYAK ZAITUN EKSTRA VIRGIN

Salam...

Kali ini kita sambung cerita tentang Minyak Zaitun, kita akan melihat dari sudut kajian saitifik pula.

Antara kajian yang telah dilakukan adalah:-

  • Anti Kanser

Kajian yang dijalankan ke atas wanita oleh "Harvard school of Public Health" dan " Athens School of Public Health" mendapati amalan mengambil minyak zaitun lebih dari sekali sehari boleh mengurangkan 25% risiko menghidapi Kanser Payudara. Kandungan vitamin E yang tinggi dalam minyak zaitun telah menghalang kemusnahan sel yang menjadi punca kanser. Kajian oleh Dr Michael Goldacer dan sekumpulan pengkaji dari "institute of Health Science" telah membandingkan kanser, makanan dan pengambilan minyak zaitun di 28 buah negara termasuk Eropah, Amerika Syarikat, Brazil, Colombia, Kanada dan China. Hasil kajian menunjukkan negara yang mempunyai pengambilan daging yang lebih dan sayur yang kurang mempunyai risiko menghadapi kanser yang tinggi. Tetapi, pengambilan minyak zaitun dikaitkan sebagai ejen yang dapat membantu mengurankan risiko tersebut.

  • Anti-Diabetik
Kajian yang telah dijalankan ke atas 418 orang yang mengamalkan Diet Mediterranean dengan minyak zaitun telah berjaya mengurangkan Diabetis tahap II sebanyak 50% berbanding dengan diet rendah lemak.





Comments

Popular Posts