KAJIAN SAITIFIK MINYAK ZAITUN EKSTRA VIRGIN (BAHAGIAN 2)

Dalam bahagian ini akan diceritakan lagi tentang beberapa kajian yang telah dijalankan keatas minyak zaitun.

Antara kajian yang telah dibuat adalah seperti :-


  • MERENDAHKAN RISIKO SERANGAN STROKE
Penyelidik dari American Academy of Neurology mendapati bahawa risiko Stroke adalah 41% lebih rendah bagi mereka yang berumur 65 tahun ke atas jika mereka mengamalkan pemakanan Minyak Zaitun Ekstra Virgin dengan kerap.


  • KANDUNGAN ANTIOKSIDAN YANG TINGGI
Hasil kajian mendapati seseorang yang mengambil sebanyak 25ml (lebih kuran 2 sudu) minyak zaitun ekstra virgi sekali sehari selama seminggu berturut-turut dilihat mampu menurunkan kadar oksidasi LDL disamping dapat membantu meningkatkan lagi kandungan Antioksidan di dalam darah. Minyak Zaitun Ekstra virgin yang dihasilkan daripada perahan pertama buah zaitun didapati mengandungi kadar antioksidan yang paling tinggi & kaya dengan vitamin E kerana tidak melalui banyak proses semasa menghasilkannya.


  • KAYA DENGAN OMEGA-9
Sampai 40 wanita yang menyusukan bayi telah diambil, para pengkaji mendapati bahawa kebanyakan lemak yang terkandung dalam susu mereka adalah jenis lemak tunggal (Omega-9). Jenis lemak ini dikategorikan sebagai lemak baik yang patut dimakan oleh manusia. itulah jenis lemak yang terdapat dalam minyak zaitun.






Comments

Popular Posts